WADI BAS & VAN: October 2016

26 October 2016

PAKEJ LANGKAWI

Syarikat BAS WADI memiliki bas dan cawangan di Pulau Langkawi, Kedah. Kami sedia menerima tempahan percutian & perjalanan ke seluruh Pulau Langkawi .Kami sedia membantu anda untuk mendapatkan harga yang bersesuaian termasuk jumlah hari percutian, pilihan tempat tinggal @ hotel dan memilih tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Pulau Langkawi. 

Pengarah syarikat Encik Wadi mempunyai pengalaman selama 20 tahun di dalam bidang pelancongan di Pulau Langkawi. BAS WADI sering menerima tempahan perjalanan & percutian di Pulau Langkawi dari agensi kerajaan, pihak sekolah,  agensi swasta, syarikat GLC, pertubuhan, kelab-kelab & NGO dan termasuk tempahan dari individu tertentu atau family group. 

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan dan khidmat nasihat percuma, Encik Wadi sedia untuk dihubungi di talian 012-4245000




BAS WADI CAWANGAN LANGKAWI












PAKEJ UMRAH & ZIARAH

Syarikat kami adalah wakil sah kepada DASREE TRAVEL & TOURS bagi menerima tempahan PAKEJ UMRAH & ZIARAH dari seluruh negara. Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej umrah sila hubungi Encik Wadi 012-4245000 untuk maklumat lanjut. Tempahan dibuka sepanjang tahun.

Disertakan gambar-gambar ketika kami membawa peserta ke Makkah & Madinah bagi pakej umrah & ziarah yang telah dijalankan sebelum ini. Terima kasih kepada semua peserta yang telah menggunakan perkhidmatan kami




























BAS CATAR - Apa maksud catar?

BAS CATAR, BAS SEKOLAH PERSENDIRIAN DAN BAS KERAJAAN (SAFETY ISSUES UNDER SCHOOL DUTY)



Tidak semua sekolah memiliki kenderaan rasmi seperti bas, coaster atau van bagi tujuan mengangkut murid mengambil bahagian dalam kegiatan di luar kawasan sekolah, sama ada untuk lawatan, pameran, pertandingan dan sebagainya. Pihak sekolah terpaksa mengatur sewaan kenderaan berdasarkan tatacara yang diperuntukkan dalam akta pengangkutan jalan (klikdi sinidi sini dan di sini). Pihak sekolah juga wajib mematuhi tatacara piawai operasi, S.O.P. tentang keselamatan murid seperti kebenaran ibu bapa dan perlindungan polisi insurans dan takaful (klik di sini).

Guru pengiring yang dilantik perlu berada bersama murid semasa dalam perjalanan dari perkarangan sekolah atau tempat mengambil murid hingga tiba ke tempat tujuan dan balik. Selain keadaan kenderaan yang baik, pemandu bas yang bertugas hendaklah dipastikan sihat walafiat, waras dan tidak mempunyai rekod pemanduan yang meragukan. Pemilihan syarikat tuan punya kenderaan juga hendaklah bebas daripada sebarang unsur duit kopi dan rasuah walau sekecil mana sekalipun.






Istilah catar tidak terdapat dalam Kamus Dewan, tetapi menjadi istilah undang-undang pengangkutan jalan yang berbunyi: bas catar ertinya bas yang disewa seluruhnya bagi satu perjalanan yang baginya pembayaran dibuat kepada pemunya oleh orang yang menyewa bas itu (muka surat 8, klik di sini). Catar ialah ambilan daripada perkataan charter dalam bahasa Inggeris yang bererti sewaan. Semua bas catar yang dibenarkan berada di jalan raya telah melepasi pemeriksaan pusat kenderaan berkomputer (Puspakom) setiap tahun. 


Walaupun semua langkah keselamatan telah diambil dan segala tatacara penyenggaraan kenderaan telah dilakukan, tiada jaminan mutlak bahawa tidak akan berlaku kecuaian dan kesilapan di sana sini. Maka, segala kemungkinan yang paling buruk (thinking for the worst, klik di sini), walaupun bersifat negatif, mesti diambil kira berdasarkan prinsip langkah berjaga-jaga (the duty of care, klik di sini). Peribahasa mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan, dan jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.







14 October 2016

BAS WADI TAMBAH LAGI 3 BUAH BAS

Bagi memenuhi keperluan pelanggan, pada bulan OGOS 2016 syarikat BAS WADI telah membeli 3 buah bas lagi bagi menampung kapasiti tempahan yang semakin meningkat daripada pelanggan dari dalam dan luar negeri Perlis

RM4243

RM4243

RM4243

RM4243


QTG4243 & RM4243


QLB4243


QLB4243


QLB4243



WXR4243



PAKEJ PERCUTIAN KE KOH LIPE THAILAND


RM780 all in full board...Pakej holiday ke Koh Lipe Thailand

-Minimum 10 orang (van)
-Penginapan 2 org sebilik untuk 3 hari 2 malam
-Van dari Perlis@sekitar Alor Setar ke Jeti Pakbara Thailand pergi balik
-Makan 5 kali sehari
-Feri dari Jeti Pakbara ke Koh Lipe pergi balik
-Bot untuk lawatan pulau2 kecil dan aktiviti snorkeling
-Pemandu pelancong Thai
-Insurans pelancongan Thai
-Tempahan dibuka setiap masa

 Call/whatsapp 012-4245000 (Wadi)

ASWADI BAHARUDDIN SDN BHD Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign